Roh Kudus dari pandangan Islam Roh_Kudus

Roh Kudus boleh disamaertikan dengan Roh Suci (Holy Spirit). Islam berpandangan bahawa apa yang dimaksudkan dengan Roh Kudus itu adalah malaikat Jibril a.s.Dalam kisah Siti Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s , Allah swt telah mengutuskan Jibril untuk mendatangi Siti Maryam bagi menyampaikan kalimat-Nya dan kekuasaan-Nya (wahyu) kepada Siti Maryam yakni berupa nabi dan rasul-Nya yang diberi nama oleh Allah swt sebagai Al Masih Isa ibn Maryam biarpun ketika itu Siti Maryam masih belum bersuami.

Dengan ini membuatkan bahawa pandangan Islam berkenaan kewujudan dan kelahiran Nabi Isa a.s adalah amat berlainan dan berbeza dengan aliran utama Kristian.